Drama8TV

Drama Kami The Series

Sinopsis Kami The Series

Lynn ialah seorang gadis sekolah menengah yang meminati muzik indie dan berusaha untuk membantu mempopularkan muzik berkenaan dengan menerbit fanzine sendirinya yang bertajuk KAMI yang dibiayai melalui cara-cara yang luar biasa. Namun, cabaran paling getir menemui Lynn apabila dia sekeluarga berpindah ke Kuala Lumpur semata-mata kesalahan yang dilakukan Lyn sendiri.

Setibanya di ibu kota, dia menemui empat orang kawan baru yang menghulurkan tangan mereka kepadanya untuk mencapai impiannya. Oleh sebab empat kawan itu juga mengalami konflik peribadi sendiri, mereka berlima sedar bahawa mereka menjejaki jalan yang sama untuk mengenali diri dan tidak dapat lagi mengelakkan diri daripada meragui diri, hubungan, tekanan ibu bapa dan ketidakpuasan hidup dalam kebasian pinggir bandar.

Oleh sebab tanggungjawab dewasa makin dekat untuk membebankan mereka, lima sekawan itu bersyukur kerana ada satu benda yang meringankan hati mereka – persahabatan mereka – dan iringan muzik yang melambangkan saat-saat paling mengelirukan dalam hidup mereka, iaitu usia remaja.

Pelakon Kami The Series

Liyana Jasmay, Ezani, Juliana Evans, Nas T Muammar Zar, Ani Zayanah Ibrahim

Drama Kami The Series

Jumlah Episod: 8
Hari: Rabu
Siaran: 8TV

Related Articles

Back to top button