Filem2010s

Filem Senario Asam Garam (2010)

Sinopsis Senario Asam Garam

Bermula dengan kejadian Asam dan pembantunya Garam cuba mensabotaj warung Cik Hawa / pejabat Pak Adam. tetapi usaha mereka gagal kerana kebodohan sendiri. Asam dan Garam memang sakit hati dengan Pak Adam kerana Pak Adam adalah seorang kontraktor yang jujur dan disukai oleh Cik Hawa. Pak Adam, Asam dan Garam tinggal di sebuah kampung dan menjalankan perniagaan pembinaan. Di kampung itu juga tinggal seorang janda bernama Cik Hawa yang berniaga warung kopi bersama anaknya Amin (10 tahun). Pergaduhan mereka lebih hebat apabila pihak sekolah kampung mereka mengumumkan tender baru dan meminta semua kontraktor menghantar proposal. Pelbagai usaha dilakukan Asam dan garam bagi menggagalkan proposal Pak Adam.

Pelakon Senario Asam Garam

Lan Pet Pet, Zaibo, Julia Hana, Azlee Jaafar, Fimie Don, Nadia Mustafar, Syanie

Related Articles

Back to top button