DramaTV Okey

Drama Sebiru Hujung Borneo

Drama Sebiru Hujung Borneo akan ditayangkan pada 28 March 2024, Isnin – Jumaat, 9:00 malam di Astro Ria.

Sinopsis Sebiru Hujung Borneo

Mengisahkan tentang seorang gadis Rungus dari Simpang Mangayau Kudat (Tip Of Borneo) bernama Kilina yang bercita-cita menjadi seorang penyanyi. Kilina menyertai pencarian Bakat Bintang Kudat untuk mengejar cita-citanya menjadi seorang penyanyi.

Kilina lari dari rumah panjang untuk mengejar impiannya di Kuala Lumpur. Malangnya, Kilina hamil dan ditinggalkan Edry. Kilina kembali ke Simpang Mangayau untuk tebus kesilapannya. Bag menutupi keterlanjurannya, Kilina menipu bapanya Gindarom dengan mngatakan dia sudah berkahwin dan suaminya akan datang kemudian di rumah panjang.

Arman pemuda dari Kuala Lumpur mahu jadikan perkahwinannya dengan Rina sebagai hadiah kepada Hajah Rohana nenek kesayangannya sebelum Hajah Rohana menutup mata. Malangnya, Rina tinggalkan Arman pada hari photoshoot pre wedding mereka di Simpang Mangayau.

Semasa bergegas ke Kudat mencari Rina. Arman tersesat di rumah panjang. Gindarom menyangka Arman adalah suami Kilina lalu arahkan keluarganya membuat majlis menyambut Arman. Saat Arman buka mulut untuk nyatakan hal sebenar. Saat itu Arman dapat tahu rahsia Kilina. Kalau rahsia itu bocor, Kilina dan bayi dalam perutnya akan mati di potong-potong Gindarom.

Arman setuju tolong Kilina mengaku jadi suaminya demi bayi Kilina. Selepas seminggu, Arman pun tinggalkan rumah panjang. Tasha membuat panggilan dari Kuala Lumpur memberi tahu, Hajah Rohana sudah keluar wad dan esok mereka mahu ke Simpang Mangayau. Hajah Rohana tidak sabar bertemu menantunya.

Arman yang tidak pernah menghampakan neneknya berpatah balik ke rumah panjang untuk mndapatkan pertolongan Kilina agar berlakon jadi isterinya. Konflik semakin bertimpa-timpa yang akhirnya membawa Arman dan Kilina ke satu masalah besar di Simpang Mangayau iaitu isu ‘Tanah Adat’.

Pelakon Sebiru Hujung Borneo

Tati Eliana, Azam Pitt, Dayang Areeda, Sabhi Saddi, Fauziah Nawi, Jalaludin Hassan, Awang Karim Kadir, Enn Xaviera, Ray Ridzuan, Rosario Bianis

Drama Sebiru Hujung Borneo

Jumlah Episod: 20
Tarikh: 28 March 2024
Hari: Isnin – Jumaat, 9:00 malam
Siaran: TV Okey

Related Articles

Back to top button