DramaSlot Samarinda TV3

Drama Lelaki Melayu Terakhir

Drama Lelaki Melayu Terakhir akan ditayangkan pada 5 Ogos 2024, Isnin – Khamis, 10:00 malam di slot Samarinda TV3.

Sinopsis Lelaki Melayu Terakhir

Mengisahkan tentang Jazlan yang bergelar Ustaz, seorang pemuda yang soleh, kuat pegangan agama dan menjalani kehidupan yang sederhana serta cemerlang dalam pengajian agama Islam.

Manakala, Kasih, seorang wanita moden yang menjalani hidupnya dengan peraturan sendiri.

Alawiyah, ibu Jazlan, dan Khatijah, ibu Kasih, merupakan sahabat baik yang bertekad untuk menjodohkan kedua-dua anak mereka.

Walaupun pelbagai cara telahpun mereka cuba, namun usaha kedua ibu tersebut gagal berkali-kali kerana Jazlan dan Kasih tidak bersetuju atas perbezaan personaliti dan pilihan hidup masing-masing.

Jazlan berasa lega apabila dia mendapat tawaran biasiswa untuk melanjutkan pengajian di universiti di Madinah. Tawaran ini memberi dia peluang untuk melarikan diri daripada pertunangan yang diaturkan oleh ibunya.

Kedua-duanya bertemu apabila ibu mereka memutuskan untuk menghantar Kasih ke Madinah untuk memikat Jazlan selain dengan alasan mahu menghantar barangan keperluan dan membantu Kasih menunaikan Umrah.

Adakah perancangan Alawiyah dan Khatijah untuk menjodohkan anak mereka berjaya?

Pelakon Lelaki Melayu Terakhir

Fattah Amin, Wanna Ali, Umie Aida, Liza Abdullah, Nabil Aqil, Fazlina Ahmad Daud, Nur Heliza Helmi, Nur Hazwani Helmi, Zarul Imran

Drama Lelaki Melayu Terakhir

Jumlah Episod: 26
Tarikh: 5 Ogos 2024
Hari: Isnin – Khamis, 10:00 malam
Siaran: Slot Samarinda TV3

Related Articles

Back to top button