DramaSlot Samarinda TV3

Drama Khilaf Yang Tertulis

Drama Khilaf Yang Tertulis akan ditayangkan pada 27 Mei 2024, Isnin – Khamis, 10:00 malam di slot Samarinda TV3.

Sinopsis Khilaf Yang Tertulis

Misha, seorang suri rumah yang hidup kesepian walaupun serba cukup dan mewah. Kesetiaan Misha mula teruji apabila akhir-akhir ini mula merasakan kekurangan kasih sayang dan perhatian daripada suaminya.

Firdaus jarang bersamanya kerana tuntuan kerja sebagai Jurutera di Syarikat Pelantar Minyak. Mereka hanya bertemu seminggu selepas berbulan-bulan berada di laut. Mereka juga dikurniakan tiga orang anak iaitu Yana, Rizal, dan Aman.

Hasil terlalu banyak menghabiskan masa di sosial media, Misha mula mempunyai skandal iaitu Nordin. Nordin tempat dia bermanja dan meluahkan rasa kesepiannya. Misha mula bahagia sehingga mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang ibu.

Pelakon Khilaf Yang Tertulis

Fasha Sandha, Fadlan Hazim, Puteri Balqis, Danish Hazriq, Rafique Iskandar, Ashraf Muslim, Chacha Maembong, Zamarul Hisham, Syazuwan Hassan

Drama Khilaf Yang Tertulis

Jumlah Episod: 15
Tarikh: 27 Mei 2024
Hari: Isnin – Khamis, 10:00 malam
Siaran: Slot Samarinda TV3

Related Articles

Back to top button