Drama Buang Segala Tentang Dia akan ditayangkan pada 15 Disember 2024, Jumaat – Ahad, 6:45 petang di TV1.
Sinopsis Buang Segala Tentang Dia
Iman Nur Alisa menyangka perkahwinan yang dipayungi restu orang tua, pasti akan kekal bahagia hingga ke akhirnya.
Namun tanggapannya ternyata silap. Cinta Zaid terhadapnya hilang seiring pudarnya kecantikan yang pernah lelaki itu kagumi saat pertama kali melihat Alisa. Alisa kehilangan suami yang satu masa dulu bersumpah mencintai dan melindungi.
Jiwa wanitanya hancur dengan kata-kata diluahkan suaminya. Bukan itu sahaja, Alisa teruk dipukul lelaki tak berguna itu. Kesudahannya Zaid pergi meninggalkan Alisa dengan mental yang terdera. Ketika itu muncul gadis bernama Via, bekas kekasih Zaid yang bersungguh-sungguh ingin kembali menuntut kembali lelaki yang pernah Alisa rampas darinya.
Melihat Alisa yang disakiti, cinta yang dahulunya pernah terkubur, kembali membuak-buak dalam diri Ibra Iskandar. Dia merayu, mohon cintanya diterima. Sedang Alisa pula merayu dirinya dijauhi lelaki itu. Rasa trauma mahu menjalin hubungan semula dengan lelaki menebal dalam diri Alisa. Lalu bagaimanakah kesudahan hubungan mereka?
Pelakon Buang Segala Tentang Dia
Dayang Areeda, Syaffiq Sahli, Mustaqim Bahadon, Aishah Azman, Jay Iswazir, Azzahra Ahmad, Ily Mokhtar, Silfeny Osman, Juita Johari.
Drama Buang Segala Tentang Dia
Jumlah Episod: 26
Tarikh: 15 Disember 2024
Hari: Jumaat – Ahad, 6:45 petang
Siaran: TV1