TV ShowAstro CeriaAstro Ria

The Chosen One 2024

Astro kini kembali memperkenalkan bakat-bakat generasi baharu dalam ‘The Chosen One 2024’ yang akan bermula pada 20 September ini, setiap hari Jumaat, jam 9 Malam di Astro Ceria (saluran 611) dan Astro Ria (saluran 104).

Seramai 16 peserta berumur daripada 11 tahun hingga 17 tahun dari seluruh Malaysia dipilih untuk menyertai ‘The Chosen One 2024’. Hanya 8 daripada mereka yang berjaya memikat hati para coach selebriti akan dipilih sebagai pasangan dengan selebriti tersebut. Peserta akan digandingkan dengan penyanyi ternama Malaysia sebagai coach dan pasangan seperti Tomok, Aepul Roza, Amir Jahari, Sufian Suhaimi, Suki Low, Adira Suhaimi, Wany Hasrita dan kembar berbakat Firdaus Rahmat dan Fahimi Rahmat.

Musim kedua ini mengekalkan figura legenda rock Malaysia, Dato’ Awie sebagai juri tetap, bersama dengan penyanyi bersuara ‘emas’ yang telah menggenggam banyak anugerah, Jaclyn Victor. Setiap episod akan dikendalikan oleh gandingan hos popular Jihan Muse sebagai pengacara program, serta personaliti radio ERA, Haziq Hussni.

Related Articles

Back to top button