TelefilemTonton

Telemovie Pontianak 100kg

Pontianak 100kg merupakan sebuah telemovie yang diarahkan oleh Shuhaimi Lua dan bersiarannya pada 5 April 2023 menerusi platform Tonton

Sinopsis Pontianak 100kg

Mengisahkan pontianak yang mengganas di sebuah kampung. Pontianak ini agak berbeza kerana ia mempunyai badan yang besar dan berat hampir 100KG. Masalahnya, pontianak ini sering mengganggu penduduk kampung di waktu malam untuk mencari makanan.

Walaupun penduduk kampung, yang dipimpin oleh Pak Bayang, telah membuat pelbagai usaha untuk menyelesaikan masalah ini, tetapi tiada tindakan yang berkesan dan pontianak itu masih berkeliaran berleluasa di kampung.

Dharma, Salleh dan Malik merupakan pemuda kampung yang tidak memberikan sebarang idea untuk menyelesaikan masalah ini. Namun, kehadiran Jibam yang lebih proaktif memberikan harapan kepada Pak Bayang, tetapi terdapat konflik yang lain.

Dapatkah penduduk kampung menyelesaikan masalah serangan pontianak yang berat melebihi 100KG ini?

Pelakon Pontianak 100kg

Mark Adam, Ady Mohammad, Mathni Razak, Aya Amiruddin, Wanss Ahmad, Kazar Saisi, Afifah Nasir

Related Articles

Back to top button