DramaTV3

Drama Polis Peronda

Drama Polis Peronda akan ditayangkan pada 28 Jun 2024, Jumaat, 10:00 malam di TV3.

Sinopsis Polis Peronda

Koperal Bani, seorang ahli pegawai Unit MPV komited dengan tugasnya walaupun berdepan dengan pelbagai cabaran dan halangan. Ketekunan dan sikap disiplin Koperal Bani dalam menjalankan tugasnya juga disenangi anggota dan pegawai polis yang lain.

Dalam sebuah operasi, Koperal Bani dan Lans Koperal Amar dari unit MPV memburu sebuah kereta yang dipandu laju dalam keadaan mencurigakan. Setelah menahan kereta tersebut, rupanya pemandu adalah seorang lelaki remaja, Aiman yang berusia 16 tahun. Ibu Aiman dipanggil ke balai untuk memberi keterangan.

Dalam pada itu juga Lans Koperal Ali dan Husin dari unit rondaan bermotosikal (URB) berhadapan dengan kes-kes ragut. Dalam masa yang sama, Inspektor Sarah pula sering ditegur oleh ASP Danial supaya mengawasi tugasan anggota bawahannya.

Pelakon Polis Peronda

Shah Iskandar, Puteri Sarah, Ali Reza, Ramona Zamzam, Raja Afiq, Soffwany Yusoff, Arnie Shasha, Kodi Rasheed, Arwan Umar, Wan Safaie, Shyrim Husni, Shekeen Waida, Hilmi Zeaain, Putri Damia Tasai

Drama Polis Peronda

Jumlah Episod: 33
Tarikh: 28 Jun 2024
Hari: Jumaat, 10.00 malam
Siaran: TV3

Related Articles

Back to top button