Telemovie Larian Terakhir akan ditayangkan pada Ahad, 15 Disember 2024, 10:00 malam di Unifi TV.
Sinopsis Larian Terakhir
Haziq, seorang anak tunggal kepada Mariam yang mempunyai bakat dalam larian pantas, sering berhadapan dengan dugaan kehidupan sehinggakan dia terpaksa meninggalkan ibunya yang sakit. Tanpa disedarinya, pertemuannya dengan Jalal telah memerangkapnya dalam sebuah sindiket jenayah. Walaupun Haziq dijanjikan peluang untuk memperbaiki hidupnya, Amelia sentiasa mengawasi setiap pergerakannya dengan teliti.
Pelakon Larian Terakhir
Fattah Amin, Amyra Rosli, Fahrin Ahmad, Sherie Merlis, Ameerul Asyraf, Aman, Dato TS Jeffry, Erry Putra, Lim Hui Hong, Mathni Razak.