TelefilemAstro Warna

Telemovie Debunk Beraya

Telefilem Debunk Beraya akan disiarkan pada Jumaat, 21 April 2023 pada pukul 10:00 malam di Astro Warna. Diarahkan oleh Reen Emran dan diterbitkan oleh Kl Motion Picture Sdn Bhd.

Sinopsis Debunk Beraya

Sofi dan Mizan merancang untuk pulang ke kampung. Namun, semuanya berubah apabila peminat-peminat Debunk mencabar Sofi untuk membuktikan hantu syaitan diikat menjelang Ramadan. Sofi yang pantang dicabar menerima cabaran tersebut dan Mizan mengajaknya ke Hospital Mega Utara untuk membuktikan kebenaran kata-katanya.

Ketibaan mereka di hospital tidak sengaja mengundang Edna yang kesepian dan teringin merasai suasana raya di kampung. Diam-diam, Edna menumpang bersama Sofi dan Mizan untuk ke kampung.

Namun, sambutan raya mereka berubah apabila Edna merancang untuk memeriahkan lagi perayaan tersebut. Huru-hara pun bermula!

Pelakon Debunk Beraya

Haidar Hasanudin, Sharifah Sakinah, Shahril Sarjen, Danish Raja Lawak, Wan Chai.

Related Articles

Back to top button