Filem Sahak Gangster akan ditayangkan pada 9 Januari 2025 di pagawam.
Sinopsis Sahak Gangster
Mengisahkan seorang lelaki iaitu Sahak yang terpaksa melarikan diri daripada buruan ahli kumpulan dan polis setelah dituduh membunuh ketuanya sendiri.
Kemudian, dia terpaksa bersembunyi dalam kereta seorang gadis, Suriani sehingga menyebabkan gadis berkenaan turut terjebak dalam permasalahan yang dihadapi Sahak.
Sahak dibesarkan Pak Andak, seorang gangster kawasan yang amat digeruni. Sahak merupakan harapan utama Pak Andak untuk menerajui Geng Bunga Merah satu hari nanti. Namun, segala harapan itu kemudiannya berubah apabila satu hari Pak Andak telah ditangkap polis ketika hendak menyelamatkan anak saudaranya, Maya dari musuh tradisinya Geng Pak Man.
Setelah lima tahun, Pak Andak dibebaskan dari penjara. Namun, pada hari dia dibebaskan , Pak Andak telah ditembak secara hendap dan meninggal dunia di pangkuan Sahak. Sebelum meninggal, Pak Andak sempat meninggalkan amanat pada Sahak untuk mencari siapa yang menembaknya dan membalas dendam.
Kemudian Sahak menjadi buruan polis disebabkan dia hilang dari tempat pembunuhan dan telah menjadi suspek utama. Sahak yang pada mulanya berbelah bahagi sama ada mahu menyerah diri atau tidak, kemudiannya tekad untuk melaksanakan amanat terakhir Pak Andak.
Pelakon Sahak Gangster
Hariz Hamdan, Nelissa Nizam, Usop Wilcha, Yana Samsudin, Mamak Puteh, Razak Ahmad, Chiwan Raja Lawak, Achong Sweetchild, Dato Ahmad Tamimi Siregar.