Filem2020s

Filem Kahar: Kapla High Council (2024)

Filem Kahar: Kapla High Council akan ditayangkan pada 28 November 2024 di pagawam.

Sinopsis Kahar: Kapla High Council

Berlatarkan pada tahun 2005, setahun sebelum berlakunya peristiwa dalam siri Project: High Council, Kahar, seorang pelajar tingkatan 4 yang pendiam dan kerap menyisihkan diri di sekolah berasrama penuh Kolej Ungku Deramat (KUDRAT), sering berasa tertekan kerana bapanya, Dato Abu Yamin, meletakkan harapan begitu tinggi terhadapnya.

Keadaan semakin runcing apabila, dengan tidak sengaja, Kahar terjerumus dalam ‘Pilihanraya’, sebuah perlawanan antara calon dari setiap rumah asrama KUDRAT yang bertarung untuk menjadi Kapla, iaitu ketua kepada High Council – selaku “pemerintah” tidak rasmi bagi seluruh badan pelajar.

Kahar semakin menjadi terkenal antara pelajar-pelajar yang lain setelah “pencapaian” baharunya itu, namun ia turut mengundang musuh dari segala arah. Akhirnya, remaja tersebut terpaksa menghadap segala akibat berat keputusan-keputusannya sendiri.

Pelakon Kahar: Kapla High Council

Amir Ahnaf, Aedy Ashraf, Sky Iskandar, Fazziq Muqris, Fadhli Masoot, Thompson Goh, Khenobu, Hushairi Husain, Hasnul Rahmat, Naim Daniel, Mierul Aiman, Nadhir Nasar, Sathisvaran Magesvaaran, Yusof Hashim (Ucop), Ameer Asyraf.

Related Articles

Back to top button