Filem2020s

Filem Rahsia (2023)

Filem Rahsia, sebuah filem genre seram, akan ditayangkan di pawagam pada 10 Ogos 2023.

Sinopsis Rahsia

Ramlah, seorang suri rumah tangga, pulang bercuti ke rumah ayahnya Tan Sri Karim sempena ulangtahun kelahiran beliau. Dia bersama suaminya Hamdan, seorang pensyarah, dan dua anak kecil mereka, Marina dan Saiful. Namun, keadaan menjadi tegang apabila anaknya Saiful tiba-tiba hilang ketika berkelah di tepi pantai. Ramlah satu-satunya yang menyaksikan Saiful diculik oleh seorang wanita yang hodoh dan menakutkan.

Pihak polis percaya Saiful mungkin hilang di pantai, tetapi Ramlah yakin anaknya diculik. Hamdan menyertai polis dalam operasi mencari Saiful sementara Ramlah dihantui oleh wanita menakutkan tersebut. Tetapi, Hamdan tidak percaya kata-kata Ramlah dan menganggapnya sebagai halusinasi akibat tekanan kehilangan Saiful dan ayah Ramlah yang sakit parah.

Walaupun tidak ada bukti kukuh, Ramlah bertekad untuk menghadapi wanita itu dan mendedahkan rahsia di sebalik kehilangan anaknya itu.

Pelakon Rahsia

Aloy Paradoks, Nu’man Salleh, Nabila Huda, Iris Alessandra Alyssa, Mislina Mustaffa, Susan Lankester, Rashidi Ishak, Suhaid Mustakim Yahya, Qistina Raisah, Syed Ali Murtadha, Fikry Ibrahim, Eman Manan, Marsha Milan Londoh, Nabil Zakaria, Othman Hafsham.

Related Articles

Back to top button