Filem2010s

Filem Abang Lejen (2015)

Sinopsis Abang Lejen

Mengisahkan tentang Ajim yang menetap di kampung bersama adiknya Alan. Ajim membesarkan Alan setelah kematian ibu bapa mereka dan sanggup melakukan apa saja demi adiknya itu. Ajim yang meminati filem Hindustan dan Tamil mempunyai kemahiran seni mempertahankan diri dan sering menjadi pelindung kepada penduduk kampung dan juga Alan.

Alan sebenarnya seorang remaja yang lurus bendul dan sering dibuli oleh Karim dan Mail. Apabila Alan menyuarakan hasrat ingin berkahwin dengan Nina, perasaan bimbang menyelubungi Ajim. Walaupun tidak setuju tetapi Ajim tetap merelakannya. Dalam pada itu, Ajim mempunyai sepupu yang bernama Intan. Sejak dari kecil, Intan sangat meminati Ajim, namun Ajim tidak menyukai Intan.

Terjadinya suatu peristiwa yang tidak diduga menyebabkan Alan berhijrah ke Kuala Lumpur dan tidak menghubungi lagi Ajim. Dek kerana risau akan adiknya, Ajim ke Kuala Lumpur diikuti Intan. Keadaan bertukar menjadi lain apabila Ajim mendapat tahu yang Alan berdepan dengan masalah. Ajim cuba membantu tetapi pertolongannya ditolak oleh Alan. Apakah sebenarnya berlaku kepada Alan? Bagaimana pula kesudahan cinta Intan terhadap Ajim?

Pelakon Abang Lejen

Farid Kamil, Fadlan Hazim, Intan Ladyana, Adibah Yunus, Along Eyzendy, Shahfiez Shamsuri, Azlan Kamiran, Hamid Gurkha

Related Articles

Back to top button