Drama Wanita Milik Kaiden akan ditayangkan pada 26 Disember 2024, Isnin – Jumaat, 7:00 malam di slot Akasia TV3.
Sinopsis Wanita Milik Kaiden
Kisah pertemuan yang tak diduga antara Haila dan Erman, yang menjadi titik permulaan hubungan antara mereka. Namun, di sebalik pertemuan itu, Erman menyembunyikan satu rahsia besar bahawa dia sebenarnya telah bertunang dengan seorang gadis pilihan ibunya, Sarah. Demi memikat hati Haila, Erman merahsiakan status pertunangannya. Dalam masa yang sama, Kaiden, sahabat baik Erman sejak zaman universiti, secara tidak diduga mempunyai sejarah hubungan dengan Haila. Mereka pernah menjadi rakan baik sewaktu di kampung, namun satu peristiwa hitam dalam keluarga Haila memaksa Kaiden untuk menjauhkan diri daripadanya.
Kehadiran Haila dalam hidup Erman membawa perubahan besar, namun sikap Erman yang gemar mempermainkan perasaan wanita mula mencetuskan keraguan dalam hati Kaiden. Lebih merumitkan keadaan, Sarah yang hamil mendesak Erman bertanggungjawab ke atas dirinya, sementara ibu kepada Erman, Puan Kamariah berusaha menyatukan mereka demi membalas jasa keluarga Sarah yang banyak membantunya menyelesaikan masalah kewangan. Haila, seorang gadis yatim piatu, pula merasakan kasih sayang dan perhatian Erman adalah anugerah yang tidak pernah dimilikinya, tanpa mengetahui konflik di sebalik hubungan mereka.
Dalam konflik ini, Kaiden menghadapi dilema kerana dia sebenarnya menaruh hati terhadap Haila sejak zaman sekolah. Situasi menjadi semakin tegang apabila Kaiden mengetahui rancangan perkahwinan Haila dan Erman. Sebagai seorang lelaki yang tahu sisi gelap Erman, Kaiden berdepan cabaran besar, sama ada untuk melindungi Haila daripada menjadi mangsa atau menerima takdir cintanya yang tidak kesampaian. Apakah tindakan yang akan dilakukan oleh Kaiden? Mampukah beliau menghentikan niat jahat Erman dan merealisasikan hasratnya yang terpendam sejak sekian lama?
Pelakon Wanita Milik Kaiden
Iedil Dzuhrie Alaudin, Emma Maembong, Shahz Jaszle, Dayang Areeda, Wafariena Roslan, Rasya Dean, Maria Farida, Liza Abdullah, Zaidi Omar, Rezza Shah, Aprena Manrose, Kael, Adrina Kamaruddin, Izzy Reef.
Drama Wanita Milik Kaiden
Jumlah Episod: 25
Tarikh: 26 Disember 2024
Hari: Isnin – Jumaat, 7:00 malam
Siaran: Slot Akasia TV3