DramaiQiYi

Drama Misi Cinta Cik Cupid

Drama Misi Cinta Cik Cupid akan ditayangkan pada 26 Julai 2024 di iQIYI.

Sinopsis Misi Cinta Cik Cupid

Alesya yang sangat terkesan dengan perceraian ibu bapanya. Alesya begitu menyanjungi dan menyayangi ibu-bapanya, namun usaha Alesya untuk menyelamatkan bahtera perkahwinan mereka gagal dengan sekelip mata.

Majlis ulangtahun perkahwinan ibubapanya yang diatur Alesya punah begitu sahaja dengan berita perceraian mereka. Dalam rasa kesal, sedih dan marah, Alesya berlalu pergi namun secara tidak sengaja tergelincir dan terjatuh ke dalam sebuah tasik!

Alesya kemudiannya dikejutkan oleh suara misteri yang bersetuju untuk menyelamatkannya tetapi bersyarat: dia perlu membantu menyatukan tujuh pasangan, sebagai pertukaran untuk menyelamatkan perkahwinan ibu bapanya yang goyah.

Mampukah Alesya melunaskan syarat tersebut demi menjernihkan semula hubungan ibu-bapanya?

Pelakon Misi Cinta Cik Cupid

Fatin Afeefa, Hafidz Roshdi, Hafizul Kamal, Chacha Maembong, Azhar Sulaiman, Amir Masdi, Nadia Aqilah, Aloy Paradoks, Annie Mosha, Amai Kamarudin, Sharifah Anthasha

Drama Misi Cinta Cik Cupid

Tarikh: 26 Julai 2024
Siaran: iQIYI

Related Articles

Back to top button