DramaTonton

Drama Kuih Muah

Drama Kuih Muah akan ditayangkan pada 11 April 2024 di Tonton.

Sinopsis Kuih Muah

Kecewa dengan berita perceraian ibu bapanya yang mengejutkan, Adam yakin bahawa dengan menyelamatkan perniagaan kuih keluarganya yang hampir mati, dia juga boleh menyelamatkan perkahwinan ibu bapanya.

Adam berhenti kerja untuk memberi tumpuan sepenuhnya kepada perniagaan kuih sehingga membuatkan tunangnya, Ruhana kecewa.

Berbekalkan resipi dan tunjuk ajar daripada nenek, Adam mempelajari seni membuat kuih.

Persaingan tercetus apabila Kyle, rakan sekolah yang sudah lama bermusuh dengan Adam tiba-tiba muncul dengan perniagaan kuih muih konsep hipster. Kyle bukan sahaja mengancam perniagaan keluarga Adam, tetapi dia juga merancang untuk merampas Ruhana daripada Adam.

Pelakon Kuih Muah

Shukri Yahaya, Ezzanie Jasny, Raden Zaharatul, Muaz Zabir, Kismah Johar, Roy Azman

Drama Kuih Muah

Tarikh: 11 April 2024
Siaran: Tonton

Related Articles

Back to top button