Telefilem

Telemovie Yang Tersembunyi

Sinopsis Yang Tersembunyi

Mengisahkan tentang kisah seorang suami panas baran yang sering mencederakan isteri serta anak perempuannya. Dalam masa yang sama Zhariff juga secara sembunyi-sembunyi mempunyai perempuan simpanan iaitu Nina.

Satu hari Zhariff dan Nina terlibat dalam kemalangan yang teruk hingga mengakibatkan sel otak Zhariff rosak. Semenjak itu, Zhariff sentiasa teringatkan anak dan isterinya. Sikapnya yang sukar diduga adakalanya menyebabkan orang kampung menganggap Zhariff gila.

Kasih sayang ibu sememangnya tiada penghujungnya. Ibu Zhariff terus menjaga anaknya itu dengan penuh kesabaran. Ibunya tetap mengharap keajaiban kekuasaan Allah supaya Zhariff sembuh dan berubah menjadi orang yang lebih baik daripada sebelumnya dan mengutamakan keluarga.

Tercapaikah impian ibunya untuk melihat Zhariff berubah? Bagaimana penerimaan isteri dan anaknya bila mengetahui tentang kejadian yang menimpa Zhariff? Apa pula yang terjadi pada perempuan simpanan Zhariff, Nina?

Pelakon Yang Tersembunyi

Que Haidar, Fauziah Ahmad Daud, Sherry Merlis, Sharifah Amani, Hisham Ahmad Tajuddin, Riz Amin, Agurl, Raja Mohammad

Related Articles

Back to top button