Telemovie This Is Pilah akan ditayangkan pada Sabtu, 28 Disember 2024, 9:00 malam di TV1.
Sinopsis This Is Pilah
Kisah dua pemuda dari Kuala Pilah, Hanif dan Mat Kadir (MK) yang tekad ke Kuala Lumpur demi mengejar cita-cita untuk bekerja di salah sebuah stesen televisyen. Perjalanan mereka ini penuh dengan kekurangan dan cabaran sehinggalah mereka bertemu dengan matlamat utama mereka.
Hanif dan Mat Kadir bergerak ke Kuala Lumpur dengan meminjam motor Pak Dollah tanpa kebenarannya. Di sana, mereka bertemu Pak Osman, seorang seniman jalanan yang memberi nasihat dan tunjuk ajar.
Ellie Iskandar, seorang wartawan televisyen, membantu mereka apabila melihat bakat yang ada pada Hanif dan MK. Adakah impian mereka kesampaian?
Pelakon This Is Pilah
Pyan Habib, Joey Daud, Dato Ahmad Tamimi Siregar, Kazar Saisi, Datin Fadilah Mansor, Azizul Ammar, Megat Adli.