TelefilemAstro Ria

Telemovie Sumpahan Peti Ais

Telemovie Sumpahan Peti Ais akan disiarkan pada Sabtu, 22 April 2023, pukul 10:00 pagi di Astro Ria. Telemovie ini diarahkan oleh Reen Emran dan diterbitkan oleh Playwright Pictures Sdn Bhd.

Sinopsis Sumpahan Peti Ais

Tina dan suaminya Kamal kembali ke kampung semasa bulan Ramadan tetapi disambut dengan ketidakpuasan hati ibu mentuanya, Kiah, kerana jualan Tina lebih laris daripada jualannya. Tina juga tidak puas hati dengan peti ais lama di rumah Kiah yang tidak mampu menampung semua jualan kuih dan keknya. Kiah merasa terhina apabila Tina mengatakan peti ais itu uzur dan tidak kuat. Akibatnya, Kiah mengeluarkan sumpahan bahawa Tina akan menjadi peti ais. Mampukah Tina mengelak dari sumpahan tersebut?

Pelakon Sumpahan Peti Ais

Arieff Yong, Sherry Alhadad, Putri Iesya, Didie Alias, Sharifah Sakinah.

Related Articles

Back to top button