TelefilemTV1

Telemovie Pinjamkan Aku Pelangi

Telemovie Pinjamkan Aku Pelangi akan ditayangkan pada Sabtu, 7 Oktober 2023, 10:00 malam di TV2.

Sinopsis Pinjamkan Aku Pelangi

Memaparkan kehidupan seorang pelajar bernama Fuad yang bercita-cita untuk menjadi seorang pemain badminton. Fuad tinggal bersama ibu, ayah dan seorang adik perempuan, Munirah.

Sementara itu, Shahizam pula seorang pelajar yang baru berpindah dari bandar ke kampung. Dia mula berkawan dengan Fuad. Shahizam mula membiasakan diri dengan kehidupan di kampung. Shahizam bangga dengan Fuad kerana mempunyai cita-cita yang tinggi walaupun hidupnya serba kekurangan.

Malangnya hubungan baik Shahizam dengan Fuad kurang disenangi oleh ibu Shahizam. Dia memarahi Fuad kerana berkawan dengan anaknya. Fuad yang kesedihan kemudiannya berjalan pulang ke rumah.

Namun tanpa diduga dia terlibat dalam kemalangan dan meninggal dunia. Shahizam sangat sedih dan berjanji untuk merealisasikan impian Fuad. Begitupun adakah dia berjaya mencapai impian arwah sahabat baiknya itu?

Pelakon Pinjamkan Aku Pelangi

Danish Hazriq, Muhammad Ariff Abdullah (Buntat), Putri Qaseh Izwandy, Nafiz Muaz, Didi Astilah, Mubarak Majid, Kuza Muzani, Aleza Shadan, Mahmud Ali Bashah.

Related Articles

Back to top button