Telefilem

Telemovie Kembalikan Syawalku

Sinopsis Kembalikan Syawalku

Mengisahkan Mak Chah atau Aishah tidak sabar mahu berjumpa bakal menantu pada Aidilfitri nanti. Sebelum puasa lagi, Mak Chah sudah mula membuat persediaan untuk menyambut hari raya yang meriah berbanding tahun-tahun sebelum. Sementara itu Mak Pah atau Latifah pula tidak sabar mahu berhari raya dengan anak bongsunya selepas empat tahun anak bongsu itu berada di luar negara.

Pada sebelah malam, Pak Jamil lenguh satu badan lalu Mak Pah mengajak Pak Jamil tinggal dengan anak mereka di bandar kerana bimbangkan keselamatan mereka berdua jika terus tinggal di kampung. Apatah lagi rumah mereka paling hujung dan jauh dari jiran. Kes pecah rumah pula menjadi-jadi namun Pak Jamil enggan kerana dia lebih selesa tinggal di rumahnya sendiri.

Di rumah Mak Chah pula, anaknya Akil kehilangan ‘thumb drive’ yang ada kerja penting di dalamnya. Akil menuduh ibunya sudah terbuang ‘thumb drive’ itu ketika mengemas. Mak Chah merajuk lalu dia tidak mahu tumpang Akil untuk ke rumah pelanggan urutnya.

Akil bergegas ke pejabat dan mendapati ‘thumb drive’ itu ada atas meja di pejabatnya. Dia berasa amat bersalah kepada ibunya dan dalam perjalanan untuk bertemu gadis idamannya, Julita, dia terbabit dalam kemalangan jalan raya. Dia cedera parah dan tak sedarkan diri di hospital.

Manakala Pak Jamil pula terjatuh ketika hendak menebang dahan pokok yang terkena tingkap rumahnya. Akibatnya Pak Jamil dimasukkan ke hospital. Dek insiden itu, Mak Chah dan Mak Pah berkenalan. Mereka bersembang mengenai diri masing-masing dan dalam sekelip mata, hubungan mereka menjadi rapat.

Kesan kemalangan itu, Akil lumpuh dari pinggang sehingga ke bawah dan dia sangat kecewa serta mula bertanya kenapa dia diberikan musibah itu sedangkan dia tidak pernah menyakiti sesiapa. Mak Chah terpaksa tenangkan Akil yang tidak dapat menerima hakikat.

Pak Jamil pula kerana faktor usia mengalami kesan sampingan yang serius. Jantung dan darah tingginya terpaksa dipantau. Doktor tidak dapat beritahu bila Pak Jamil boleh keluar dari hospital. Mak Pah pula bimbang tidak dapat menyambut raya di rumah.

Pelakon Kembalikan Syawalku

Syafie Naswip, Sharifah Amani, Fauziah Nawi, Fatimah Abu Bakar, Sabri Yunus, Tash Yong, Niezam Zaidi, Lisdawati

Related Articles

Back to top button