Telemovie Jeriji Kasih akan ditayangkan pada Jumaat, 3 Januari 2025 di TV Okey.
Sinopsis Jeriji Kasih
Kisah seorang bekas banduan wanita yang terpisah dengan anak kandungnya, cekal dan tabah dalam meneruskan kehidupan setelah dibebaskan dari penjara. Rosni yang telah selesai menjalani tempoh hukuman penjara selama puluhan tahun, akhirnya dibebaskan.
Dia meneruskan kehidupannya dengan berniaga hasil bantuan dan sokongan sahabat baiknya, Mary Anne. Anaknya, Azmira pula yang terpisah sejak ibunya itu dipenjara, telah disahkan menghidap barah otak dan bernekad untuk bertemu dengan ibu kandungnya sebelum dia menghembuskan nafas yang terakhir.
Pelakon Jeriji Kasih
Safura Ya’cob, Faye Kusairi, Amillia Chiah, Sahronizam, Shaharudin Tambi