TelefilemTV1

Telemovie Jangan Panjat Pagar Itu

Telemovie Jangan Panjat Pagar Itu akan ditayangkan pada Sabtu, 14 Oktober 2023, 9:00 malam di TV1.

Sinopsis Jangan Panjat Pagar Itu

Kisah tiga orang sahabat baik yang tinggal di rumah warga emas iaitu Rahmat, Boon dan Jaya. Sempena hari lahir Rahmat, Jaya dan Boon berhasrat akan menunaikan apa saja permintaan sahabat mereka itu.

Rupa-rupanya Rahmat menyimpan keinginan mahu bebas dan lari dari rumah warga emas tempat mereka tinggal. Meskipun ragu-ragu dan bimbang dengan tindakan yang diambil, mereka bertiga memutuskan untuk melarikan diri dari situ. Mereka lari tanpa membawa sebarang pengenalan diri.

Kehilangan mereka akhirnya disedari warden rumah warga emas itu. Warden tersebut telah meminta bantuan Inspektor Betul untuk mencari mereka bertiga. Pelbagai insiden berlaku sepanjang pencarian menjejak tiga sahabat itu. Akhirnya mereka dijumpai di rumah Che Yah. Namun siapakah Che Yah? Apakah hubungan mereka dengan wanita tersebut?

Pelakon Jangan Panjat Pagar Itu

Jalil Hamid, Kenji Sawahi, Sathiya, Hafizee Hatta, Dboy Hamdan, Putera Qamarul

Related Articles

Back to top button