Sinopsis Isteri-Isteriku
Mengisahkan tentang Amran yang mempunyai dua isteri iaitu Khaty dan Mona. Walaupun hidup bermadu, kehidupan mereka bertiga bahagia kerana Amran membahagikan masa dan rezeki dengan sama rata kepada kedua-dua isterinya.
Rumah tangga yang mereka bina berjalan seperti biasa sehinggalah berlaku insiden Amran terpaksa berhenti kerja akibat penutupan operasi syarikat miliknya. Bingung dengan keadaan tersebut dan ditambah dengan belanja untuk menanggung kedua-dua isterinya membuatkan Amran tekad untuk membawa mereka pulang ke kampung dan berpindah ke rumah pusaka.
Pada masa yang sama, Amran mengambil keputusan untuk bekerja di warung Kak Siah yang juga merupakan seorang janda. Hubungan baik yang dijalinkan itu akhirnya membuatkan kedua-dua orang isterinya mengesyaki sesuatu. Merasakan yang suami mereka curang dan mahu menambah ‘cawangan’ baharu, Khaty dan Mona akhirnya berpakat untuk menculik Kak Siah bagi membalas dendam kerana cuba merampas suami mereka.
Ketika dalam perjalanan masuk ke hutan, Khaty, Mona dan Kak Siah diculik pula oleh penculik yang berhadapan dengan masalah kewangan. Satu persatu konflik bermula apabila Amran cuba menyelamatkan ketiga-tiga wanita tersebut. Ketika mahu menyelamatkan mereka, berlaku beberapa kejadian sehingga menyebabkan perubahan besar kepada hidup Amran.
Pelakon Isteri-Isteriku
Fauzi Nawawi, Kilafairy, Afifah Nasir, Khaty Azean, Achong Sweet Child, Elji Kilauan Emas