TelefilemAstro Ria

Telemovie Heistdilfitri

Heistdilfitri, arahan Zizan Razak dan Issey Fazlisham akan disiarkan pada 2 Syawal jam 10:00 pagi di Astro Ria. Skrip ditulis oleh Bainun Waheeda dan diterbitkan oleh Red Bean Productions.

Sinopsis Heistdilfitri

Tiga perompak profesional yang tidak pernah merasai kegembiraan menyambut Hari Raya. Namun, pada tahun ini, mereka memutuskan untuk beraya dengan cara yang berbeza.

Ibrahim, Mus dan Anis adalah perompak yang terkenal dengan kebolehan merompak barang berharga. Suatu hari, Ibrahim berasa terganggu dengan iklan-iklan yang mempromosikan kebahagiaan bersama keluarga sempena Aidilfitri. Maka, Mus mencadangkan agar mereka mencari sebuah keluarga untuk beraya bersama. Cadangan tersebut diterima oleh Ibrahim dan Anis.

Mereka memulakan pencarian dan akhirnya bertemu dengan sebuah keluarga yang kaya-raya. Ibrahim, Mus dan Anis merancang untuk merompak mereka tetapi kemudian mereka memutuskan untuk berpura-pura menjadi anggota keluarga tersebut dan menyambut Hari Raya bersama mereka. Sepanjang menjadi sebuah keluarga, mereka mula memahami dan menghargai kehidupan dan kekeluargaan.

Bagaimanakah kesudahan kisah perompak ini yang beraya bersama keluarga hartawan tersebut?

Pelakon Heistdilfitri

Shiqin Kamal, Issey Fazlisham, Maria Farida, Khir Rahman, Hushairy Hussein, Mathni Razak, Jihaa Sham, Zizan Razak.

Related Articles

Back to top button