Telemovie Haluan akan ditayangkan pada Sabtu, 14 Disember 2024, 9:00 malam di TV1.
Sinopsis Haluan
Kisah pengorbanan Wati yang melarikan diri ke Kuala Lumpur bersama adiknya, Erin, untuk menghindari gangguan ayah tiri dan bapa saudara mereka. Demi menjaga Erin yang menghidap asma, Wati terpaksa mencuri. Namun, selepas ditangkap Rizal, dia insaf. Apabila mereka kembali ke kampung, Wati terpaksa mempertahankan Erin dengan menikam bapa saudara mereka, Hisham, yang cuba merogol Erin lagi, mengejutkan seluruh keluarga.
Pelakon Haluan
Nadia Brian, Reen Rahim, Azhan Rani, Laila Nasir, Syafie Naswip, Johan Raja Lawak, Ozlynn Waty