Telefilem

Telemovie Cinta Hati Ayam

Sinopsis Cinta Hati Ayam

Acha dan Adnan merupakan pasangan kekasih yang bahagia di awal perhubungan. Malangnya cinta mereka putus ditengah jalan. Namun siapa sangka, cinta yang putus akhirnya bertaut kembali di gerai ayam!

Setahun kemudian, kehidupan diteruskan dengan Acha membantu ibunya menjalankan perniagaan menjual ayam segar di pasar. Pada suatu hari mereka dimaklumkan bahawa akan ada penyewa baru di hadapan kedai mereka.

Disini bermulanya konflik, apabila peniaga baru itu adalah ialah bekas kekasih ibu Acha yang juga bapa kepada Adnan. Ibu Acha dan bapa Adnan mempunyai sejarah silam dan telah lama tidak bertegur sapa semenjak ibu Acha meninggalkan bapa Adnan sehari sebelum menikah. Ini telah mengeruhkan lagi keadaan mereka.

Hubungan yang terputus di tengah jalan kembali bertaut di gerai menjual ayam. Jodoh atau kebetulan? Lebih menarik lagi, mereka terpaksa bersaing sengit apabila bapa Adnan juga menjual ayam segar.

Pelakon Cinta Hati Ayam

Ayie Elham, Ara Johari, Catriona Ross, Zarul Husin, Eric Fuzi, Zharif Khan

Related Articles

Back to top button