Sinopsis Super Spontan Superstar
Program realiti Super Spontan akan memulakan musim terbaru dengan 16 peserta yang terdiri daripada selebriti dan pelawak popular Malaysia. Mereka akan dibahagikan kepada dua kumpulan yang dipimpin oleh Johan Raja Lawak dan Tauke Raja Lawak, iaitu Harimau Hipster dan Monyet Mafia. Dato’ AC Mizal kekal sebagai hos bersama pelawak genit, Amir Raja Lawak. Adflin Shauki pula akan menjadi komentator bersama selebriti jemputan yang berbeza setiap minggu.
Peserta Super Spontan Superstar
Amyza Adnan, Ali Puteh, Tauke, Waris, Abam Bocey, Zulin Aziz, Fad Bocey, Ozlynn, Kamal Adli, Achey, Syuk Joras, Altimet, Johan Raja Lawak, Julia Ziegler, dan Zuki.
Super Spontan Superstar
Jumlah Episod: 10
Hari: Jumaat
Siaran: Astro Warna 132 & Mustika HD 134