Sinopsis Jozan Live
Gandingan duo pelawak popular, Zizan Razak dan Johan atau lebih dikenali sebagai Jozan kembali dipertemukan dalam program bual bicara terbaru.
Zizan mengakui dia merindui program sebegini selepas kali terakhir penampilan mereka bersama menerusi program Maharaja Lawak Mega pada tahun 2012.
Bagi Johan, meskipun mengakui selesa sebagai penyampai radio ERA, dia juga mahu muncul di TV bersama Zizan dalam program terbaru ini.
Kali ini, program selama sejam ini mengetengahkan isu terkini dan viral menerusi pelbagai bentuk aktiviti hiburan berteraskan komedi seperti permainan, sketsa, debat santai, persembahan muzikal, parodi dan temubual.
Sebanyak 22 aktiviti hiburn diwujudkan dalam program ini antaranya Perang Jantina, Bakat Ke Laut, Kita Ke Mahkamah, Lip Sync Battle, Horror Latah, Bual Bicara dan Hos vs Hos Challenge.
Jozan Live
Jumlah Episod: 19
Hari: Selasa
Siaran: Astro Warna