Rancangan realiti nyanyian, Gegar Vaganza (GV) kembali untuk musim ke-11 bakal menyaksikan 14 peserta dari Malaysia, Indonesia dan Singapura bersaing merebut gelaran juara.
Gegar Vaganza 11 masih mengekalkan Datuk Syafinaz Selamat, Hetty Koes Endang dan Datuk Ramli MS selaku juri. Manakala Nabil Ahmad dan Jihan Muse kekal sebagai pengacara.
GV11 bakal berlangsung selama 12 minggu bermula 24 November 2024, disiarkan secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam pada setiap Ahad di Astro Ria (Saluran 104). Strim menerusi Astro GO dan sooka.
14 Peserta Gegar Vaganza 2024
Ning Baizura
Liza Aziz
Ronnie Hussein
Sheila Abdul
Reshmonu
Yazid Lovehunters
Nai Dinamik
Fairuz Selamat
Arrora Salwa
Zehra Zambri
Illa Sabry
Inka Christie
Dadali Dyrga
The Lima
GV 11 mengekalkan format asal penjurian yang diadili berdasarkan sistem pemarkahan 100 peratus oleh barisan juri profesional. Peserta yang mendapat markah terendah pada akan disingkirkan.
Juara akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM100,000, naib juara pula akan meraih RM50,000 dan tempat ketiga akan menerima RM30,000. Manakala tempat keempat, tempat kelima dan tempat keenam masing-masing akan menerima RM20,000, RM15,000 dan RM10,000.