Filem2010s

Filem Wangi (2019)

Sinopsis Wangi

Menceritakan tentang Nor yang baru pulang ke rumah setelah melahirkan cahaya mata kedua. Dia dan suaminya, Khuzairi memiliki seorang anak lelaki istimewa berusia tujuh tahun. Sepanjang dalam tempoh berpantang, Nor telah dijaga oleh ibunya.

Dalam pada itu, Nor juga menyedari ketiadaan pembantu rumah dan merangkap adik angkatnya, Bella. Khuzairi memberitahu bahawa Bella telah berhenti dan pulang ke Amsterdam dengan alasan berkahwin dengan kekasihnya.

Bagaimanapun, Nor berasa pelik memandangkan Bella tak pernah bercerita tentang perkahwinan dan bermulalah misteri tentang kehilangan Bella serta kejadian-kejadian pelik yang berlaku ke atas dia dan keluarganya.

Pelakon Wangi

Erra Fazira, Nabila Huda, Sharnaaz Ahmad, Mia Nasir, Syazwan Zulkifly, Nik Adam Mika, Ruminah Sidek

Related Articles

Back to top button