Filem2020s

Filem Vik2ria Secret (2023)

Vik2ria Secret, sebuah filem komedi, akan ditayangkan pada 15 Jun 2023.

Sinopsis Vik2ria Secret

Viki, seorang anak yatim piatu, tiba dengan penuh kegembiraan di Kampung Honi, tetapi menghadapi cabaran yang sukar. Dia bertemu Ria dan mereka menjadi sahabat baik, serta membuka butik pakaian dalam wanita bernama ‘Vik2ria Secret’.

TOK KK, ketua kampung yang juga seorang Cross Dresser, sedang sibuk bersiap untuk bertanding sebagai wakil tempatan (YB), dan Zamri adalah pesaingnya. Peluang baru muncul bagi Zamri dengan kehadiran Viki dan butik tersebut.

Pelbagai kontroversi timbul, menyebabkan Tok KK bertindak tidak rasional dan membuat Viki marah. Viki tidak faham mengapa dia dan butiknya menjadi sasaran Tok KK, yang mendakwa tindakan mereka merosakkan akhlak penduduk kampung.

Pelakon Vik2ria Secret

Ropie Cecupak, Fiza Halim, A.R. Badul, Annie Arifin, Farez Adnan, Keena Mentor, Wan Gegau, Man Raja Lawak.

Related Articles

Back to top button