Filem2020s

Filem Pungut (2024)

Filem Pungut akan ditayangkan pada 29 Ogos 2024 di pawagam.

Sinopsis Pungut

Mengisahkan tentang Salleh yang tinggal di sebuah perkampungan setinggan berhampiran dengan sebuah kawasan pelupusan sampah. Di kampung kotor lagi hapak yang tidak pernah dipeduli dan diberikan perhatian oleh pihak kerajaan, Salleh menyara diri dengan bekerja sebagai pengutip barang-barang lusuh. Sejak tinggal di situ, Salleh tenang menjalani kehidupan walaupun ada beberapa orang penduduk asal di situ yang melakukan aktiviti tidak bermoral seperti judi, mabuk dan pemerasan.

Din Cengkoi yang juga seorang ketua kumpulan jenayah turut melihat kawasan pelupusan sampah di kampung setinggan itu mempunyai potensi yang bagus untuk urusniaga haramnya. Setelah perniagaan senjata api dan dadahnya dikhianati di kawasan lama, dia mahu menerokai kawasan baru untuk dijadikan markas. Kampung setinggan dan kawasan pelupusan sampah yang tidak dihiraukan oleh pihak berkuasa itu menarik minat Din Cengkoi.

Pelakon Pungut

Ruzaidi Abdul Rahman, Aman Graseka, Fad Anuar, Aliff Yasraff, Megat Sharizal, Yusran Hashim, Rosmaliza Md Zin, Siti Julia, Sham Lekir

Related Articles

Back to top button