Filem2000s

Filem Cicakman 2 (2008)

Sinopsis Cicakman 2

Cicakman hanya mempunyai tempoh 3 hari (72 jam) sahaja untuk menyelamatkan bekalan air di muka bumi daripada dihitamkan oleh Professor Klon. Rancangan Planet Hitam yang diwujudkan oleh Professor Klon yang gila kuasa ini merupakan salah satu daripada usahanya untuk menawan kerusi Presiden Metrofulus. Sementara itu, Ginger Boys yang telah mati kini kembali semula sebagai Ginger Ghosts, menjadi lebih kuat dan berkuasa dan mula memburu Cicakman. Sementara itu, Profesor Klon telah mengupah seorang pembunuh upahan handalan yang dikenali sebagai Rrama. Rrama adalah seorang pembunuh yang misteri, dan sering menjadikan setiap tugasan membunuh sebagai satu karya seni membunuh yang unik. Cicakman tidak bersendirian untuk menghadapi musuh-musuh yang semakin kuat ini. Kawan baik Cicakman iaitu Danny dan seorang pakar feng shui yang berkuasa luar biasa, serta pihak-pihak lain yang tidak diduga muncul untuk membantu Cicakman. Cabaran untuk Cicakman bukan sahaja setakat berlawan dan menewaskan musuh. Selain usaha-usaha untuk menyelamatkan bumi, Cicakman juga dilanda konflik peribadi dalam menangani kekeliruan persepsi orang lain terhadap dirinya dengan Hairi sebagai Cicakman. Tania yang sebelum ini menganggap Cicakman sebagai Danny, terus berusaha untuk mencari identiti sebenar Cicakman. Cicakman juga berada dalam dilema, sama ada menyelamatkan Iman, adik perempuan Danny yang buta atau mengorbankan dirinya.

Pelakon Cicakman 2

Saiful Apek, Fasha Sandha, Aznil Nawawi, Yusy Abd Halim, Tamara Beleszynski, Sharifah Amani, Louisa Chong, Adlin Aman Ramlie, Az Mizal, Linda Onn

Related Articles

Back to top button