Filem2010s

Filem Cerita Hantu Malaysia (2014)

Sinopsis Cerita Hantu Malaysia

Filem ini terdiri daripada tiga cerita yang mempunyai kaitan antara satu sama lain. Ia bermula di sebuah sekolah lama di mana seorang pengawal keselamatan bernama Aki mengalami beberapa perkara menyeramkan ketika bekerja. Pihak sekolah kemudian meminta seorang guru agama untuk mengusir mahkluk-mahluk halus dari sekolah tersebut. Dalam cerita kedua, guru tersebut dan penolongnya, Saad, sedang dalam perjalanan kembali dari sekolah itu apabila mereka terlibat dalam kemalangan. Guru itu meninggal serta merta setelah diserang sakit jantung. Saad pula meninggal apabila dilanggar oleh sebuah kereta. Dalam cerita ketiga, Jo, Mansur dan Akim mencari rakan mereka, Rose, yang dirasuk dan telah menghilangkan diri. Mereka mengalami pelbagai peristiwa seram sehingga mereka menjumpai Saad dan guru agama yang terlantar tanpa nyawa di tepi jalan.

Pelakon Cerita Hantu Malaysia

Kamal Adli, Leez Rosli, Kamarul Yusoff, Wan Ellyas, Mikail Andre

Related Articles

Back to top button