DramaViu

Drama The Secret

Drama The Secret akan ditayangkan pada 22 Ogos 2024 di Viu.

Sinopsis The Secret

Apabila Liya, seorang pelajar universiti popular ditemui mati, pihak berkuasa mengklasifikasikan kematiannya sebagai bunuh diri.

Johanna, pensyarah Liya merupakan satu-satunya individu yang mengesyaki bahawa ada sesuatu yang lebih buruk telah terjadi apabila dia menemui sepucuk surat ugutan di bilik hostel Liya.

Dengan bantuan sahabat baik Liya, Nini, penyiasatan mereka membawa kepada tuduhan merogol. Tetapi tanpa sebarang bahan bukti yang kukuh, andaian mereka berdua sukar untuk didengari, apatah lagi untuk dipandang serius.

Johanna yang dibelenggu oleh trauma yang berpanjangan, berazam untuk membawa suspek ke muka pengadilan.

Namun begitu, keadaan menjadi sukar apabila di mendapati bahawa ada pihak lain yang cuba untuk melakukan apa sahaja, untuk melenyapkan kebenaran.

Pelakon The Secret

Siti Saleha, Remy Ishak, Sara Mack Lubis, Ucop, Ellyza Azizi, Nadiya Nisaa, Amir Nafis, Fatimah Abu Bakar, Lorenzo Irmann

Drama The Secret

Jumlah Episod: 8
Tarikh: 22 Ogos 2024
Siaran: Viu

Related Articles

Back to top button