DramaAstro Ria

Drama Ternyata Sebuah Bahagia

Drama Ternyata Sebuah Bahagia akan ditayangkan pada 23 September 2024, Isnin – Jumaat, 6.00 petang di Astro Ria.

Sinopsis Ternyata Sebuah Bahagia

Mengisahkan tentang konflik kehidupan Datin Janice, seorang wanita yang selama ini seluruh hidupnya berpaut pada cinta dan sokongan suaminya, Dato’ Azman. Namun, kebahagiaan yang disangka kekal abadi akhirnya goyah apabila suatu hari kebenaran yang menyakitkan mula terbongkar.

Datin Janice, yang begitu setia, dicurangi apabila dia mendapati bahawa suaminya, Dato’ Zamani, terjerat dalam hubungan bersama wanita lain — Rhea. Kehadiran Rhea menjadi titik mula runtuhnya kepercayaan yang sekian lama dipertahankan oleh Datin Janice, sekaligus menggoncang seluruh dunianya.

Kini, Datin Janice terperangkap dalam kemelut emosi dan trauma yang menghantui setiap langkah kehidupannya. Lebih menyakitkan, penyondol yang meruntuhkan rumah tangganya bukanlah orang asing, tetapi seorang sahabat yang selama ini dipercayai. Di sebalik senyuman dan wajah yang mesra, tersembunyi sifat hipokrit dan talam dua muka.

Namun, segalanya mengambil arah yang tak terduga apabila Dato’ Zamani tiba-tiba diserang strok, membuatkan dia tersedar dari keangkuhannya. Hati kecilnya mula tergerak untuk kembali ke pangkal jalan.

Pelakon Ternyata Sebuah Bahagia

Sarimah Ibrahim, Zamarul Hisham, Elvina Mohamad, Lorenzo Irmann, Myra Afrina, Dina Allysha, Syahir Shafein, Shania Hendrik, Hanna Faresha, Kenji Sawahi

Drama Ternyata Sebuah Bahagia

Jumlah Episod: 40
Tarikh: 23 September 2024
Hari: Isnin – Jumaat, 6.00 petang
Siaran: Astro Ria

Related Articles

Back to top button