DramaTV1

Drama Seloka Asmara Buat Kemboja

Drama Seloka Asmara Buat Kemboja akan ditayangkan pada 17 Oktober 2023, Isnin – Khamis, 6:45 petang di TV1.

Sinopsis Seloka Asmara Buat Kemboja

Kemboja yang merupakan seorang pensyarah berkawan dengan Asyraf, seorang pemilik syarikat pengiklanan antarabangsa yang mementingkan Bahasa inggeris dan budayanya.

Asyraf ke rumah Kemboja untuk bertemu dengan keluarganya. Keluarga Kemboja kaya dengan budaya Melayu dalam kehidupan mereka. Asyraf rasa kekok dan rasa dirinya telah diperbodohkan oleh keluarga Kemboja. Kemboja kecewa dengan Asyraf yang cepat mengalah. Kemboja turut kecewa dengan ayahnya kerana tindakannya melayan Asyraf. Kemboja perang dingin dengan ayahnya.

Dato Meor memberi peluang kedua pada Asyraf dengan syarat Asyraf perlu faham dan memahami bangsa Melayu dalam tempoh sebulan. Kemboja membantu Asyraf untuk mengikuti kelas sejarah, budaya dan bahasa Melayu bersama profesor di universitinya.

Pelakon Seloka Asmara Buat Kemboja

Hana Tiha, Hannah Lee, Amir Nafis, Mior Hashim Manap, Susan Lankester, Julia Farhana Marin, Rosdeen Suboh, Khaliela, Amy Nur Tinie, Darren Ngai, Chef Fikree, Saiful Wazien, Nazia Mustafar, Zac Zaki, Zalfa Zin.

Drama Seloka Asmara Buat Kemboja

Tarikh: 17 Oktober 2023
Hari: Isnin – Khamis, 6:45 petang
Siaran: TV1

Related Articles

Back to top button