DramaTonton

Drama Salju Rindu Di Bumi Auckland

Drama Salju Rindu Di Bumi Auckland akan ditayangkan pada 16 September 2024, Isnin – Khamis di Tonton.

Sinopsis Salju Rindu Di Bumi Auckland

Mengisahkan tentang Juraini, seorang gadis yang terjerat dalam kehidupan penuh rintangan akibat ketamakan bapanya kepada duit sehingga mengabaikan keluarga mendorongnya untuk melarikan diri dari kampung demi mengejar kebahagiaan dan pencarian jati diri seorang wanita.

Juraini membesar di bawah pengawasan bapanya, Pak Talib yang menggunakan agama untuk memuaskan ketamakannya yang memaksa Juraini untuk berkali-kali mengorbankan dirinya kerana terpaksa menanggung kebajikan keluarganya yang diabaikan Pak Talib.

Dalam dia menghadapi rintangan itu, Juraini telah berkenalan dengan Nathan. Nathan merupakan seorang lelaki bukan Islam yang berhati mulia dan baik yang berasal dari Auckland. Ketika berputiknya cinta mereka, Juraini berdepan dengan dugaan dan pengkhianatan dari Azman, pengurus tempat kerja Juraini, yang melakukan tindakan mengaibkan terhadap Juraini yang menyebabkan hidupnya kacau-bilau. Dalam keadaan huru-hara, Juraini nekad membuat keputusan untuk memulakan hidup baru bersama Nathan di Auckland.

Walaupun Juraini telah menetap di kota yang jauh beribu batu dari kampung halaman, peristiwa hitam dan kesedihan yang dilalui masih menghantui dirinya sehingga akhirnya memaksa beliau untuk membuat keputusan mengubah cara hidup.

Juraini menukar identiti baharu sebagai Joanna, membina kehidupan baru bersama Nathan dan anak mereka, Samantha. Namun, disebalik kebahagiaan yang dicari dan dikecapi, masih terselit rasa tidak sempurna tanpa kehadiran keluarga tercinta yang jauh di kampung.

Selepas sekian lama meninggalkan tanah air, keluarga Joanna menghantar anak buahnya, Iman (Nabil Aqil) ke Auckland untuk memulakan misi penuh harapan untuk membawa Joanna pulang ke pangkuan keluarga. Mampukah Iman menyatukan Joanna dengan keluarganya yang telah lama terpisah?

Pelakon Salju Rindu Di Bumi Auckland

Riena Diana, Keith Foo, Emelda Rosemila, Nabil Aqil, Husna Mustaffa, Kodi Rasheed, Shamsul Ghau Ghau, Rosnah Johari, Mas Anizan, Louisa Chong, Azhar Amir, Zera Hariz, Azwan Kombos, Ku Frisha, RJ Helmi, Alif Hadi

Drama Salju Rindu Di Bumi Auckland

Jumlah Episod: 28
Tarikh: 16 September 2024
Hari: Isnin – Khamis
Siaran: Tonton

Related Articles

Back to top button