DramaTonton

Drama Perempuan Paling Merana

Drama Perempuan Paling Merana akan ditayangkan pada 5 Jun 2024 di Tonton.

Sinopsis Perempuan Paling Merana

Saleha adalah isteri kepada seorang ahli perniagaan berjaya iaitu Amir. Mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang bernama Nurain sepanjang 8 tahun membina mahligai bahagia. Amir merupakan seorang suami yang penyayang dan warak. Segala keperluan seorang isteri dipersiapkannya.

Malah, Saleha yang dikahwininya pula adalah seorang wanita yang berpegang teguh kepada agama dan merupakan sukarelawan NGO untuk mengisi masa senggangnya. Di samping itu, Saleha bertuah kerana mempunyai keluarga mertua yang sangat baik, lebih-lebih lagi ibu mertuanya yang sangat menyayangi dirinya dan menganggap Saleha seperti anaknya sendiri memandangkan Saleha adalah anak yatim.

Pada suatu hari, keluarga Amir membuat majlis kesyukuran untuk menyambut kepulangan Pak De’ setelah lama merantau. Pak De’ adalah adik angkat arwah bapa Amir yang telah dianggap ahli keluarga rapat oleh seluruh keluarga Amir. Tetapi sejak Amir dan Saleha berkahwin, tidak pernah sekali pun Saleha berjumpa dengan Pak De’ sehinggalah pada hari majlis kesyukuran tersebut.

Ketika majlis berlangsung Saleha ternampak satu susuk tubuh yang seperti sangat dikenalinya yang sudah lama dia tidak berjumpa. Saleha merasa cemas kerana lelaki itu merupakan seseorang yang datang dari masa silamnya. Adakah kehadiran Pak De’ bakal menghantui kehidupan dan kebahagian Amir dan Saleha?

Pelakon Perempuan Paling Merana

Mimi Lana, Fikry Ibrahim, Zamarul Hisham, Puteri Rayyana Rayqa, Zarina Zainuddin, Husna Mustaffa, Nizam Kama

Drama Perempuan Paling Merana

Tarikh: 5 Jun 2024
Siaran: Tonton

Related Articles

Back to top button