DramaAstro Warna

Drama Perang Nasi Dagang

Drama Perang Nasi Dagang akan ditayangkan pada 19 Julai 2024, Jumaat, 9:00 malam di Astro Warna.

Sinopsis Perang Nasi Dagang

Stopa yang sudah bertahun lamanya memperjuangkan Nasi Dagang Kelantan di KL, terancam dengan kehadiran Danial yang membuka kedai Nasi Dagang Terengganu bersebelahan dengan kedainya.

Pembukaan cerita dengan pengenalan kedai ‘Nasi Dagang Sek Kito’ dari kelantan, dimiliki oleh Stopa (Sabri Yunus) otai Kelantan yang sudah bertapak di KL selama 23 tahun, hampir sama usia anaknya Sarah.

Cerita menjadi semakin menarik ketika kemunculan seorang lelaki ‘Ganu’ yang digelar Daniel (Kimal), sebagai pelanggan baru mereka dan tidak lama kemudian membuka kedai nasi dagang di betul-betul bersebelahan kedai Stopa, nama kedai diberi ‘Nasi Dagang Sek Kiter.’

Ini menciptakan persaingan antara Stopa dari Kelantan dan Daniel dari Terengganu.

Pelakon Perang Nasi Dagang

Kimal Mokhtar, Adrina Kamaruddin, Sabri Yunus, Noora Danish, Issey Fazlisham, Mek Yun, Waqqari, Aswad Jalil, Adam Amri, Gesya Shandy, Angeline Tan, Zalif Sidek, Asrulfaizal, Kodi Rasheed

Drama Perang Nasi Dagang

Jumlah Episod: 8
Tarikh: 19 Julai 2024
Hari: Jumaat, 9:00 malam
Siaran: Astro Warna

Related Articles

Back to top button