DramaTonton

Drama Metro Crime Series (MCS) Siapa Lelaki Itu?

Drama seri jenayah Metro Crime Series (MCS) bertajuk “Siapa Lelaki Itu?” akan ditayangkan pada 6 Julai 2023 melalui Tonton.

Sinopsis Metro Crime Series (MCS) Siapa Lelaki Itu?

Syerinie telah dibunuh dengan kejam dan wartawan Harian Metro bernama Fatema berhasrat untuk meliput kes ini. Namun, permintaannya ditolak dan liputan itu diberikan kepada Rozimi. Fatema dan Rozimi memutuskan untuk bekerjasama melanggar arahan.

Dalam temu bual dengan saksi, butiran penting yang disembunyikan oleh polis terungkai. Saksi melihat seorang lelaki yang mungkin pembunuh Syerinie. Hanya Fatema dan Rozimi yang melaporkan tentang lelaki misteri ini, memberikan kelebihan kepada Harian Metro.

Keesokan harinya, suspek utama ditahan, tetapi bukan lelaki yang dilihat oleh saksi. Jadi, soalan utama dalam 10 episod siri ini ialah: ‘Siapa Lelaki Itu?’

Pelakon Metro Crime Series (MCS) Siapa Lelaki Itu?

Aqilah Abas, Chew Kin Wah, Amanda Tan, Zahirah Macwilson, Nia Atasha, Chai Zi, Mustaqim Bahadon, Wan Raja, Eamie Elyna, Zarynn Min, Aloy Paradoks.

Drama Metro Crime Series (MCS) Siapa Lelaki Itu?

Jumlah Episod: 10
Tarikh: 6 Julai 2023
Siaran: Tonton

Related Articles

Back to top button