Drama Din Tiger akan ditayangkan pada 6 Januari 2025, Isnin, 11:00 malam di Unifi TV.
Sinopsis Din Tiger
Mengisahkan Din Tiger, seorang pakaryang mengendalikan sindiket scammer terbesar untuk ketua jenayah terkenal, Big Boss Mario aka Dato Sri Alif, memutuskan untuk meninggalkan dunia scammer demi memberi tumpuan kepada isterinya, Marsha, dan anak perempuan mereka yang berusia 10 tahun, Elyn.
Keputusan beraninya membuatkan Big Boss Mario kecewa, tetapi dia tetap menghormati pilihan Din. Namun, Anat, pekerja bawahan Din yang setia, risau tentang keselamatan Din, memandangkan selama ini mereka berada di bawah perindungan Big Boss Mario.
Din tetap tekad untuk berubah kerana sejak dan kecil lagi dia berkecimpung dalam dunia penipuan bermula dengan mesin kuda sehinggalah menjadi scammer dan menipu ribuan mangsa. Dengan bantuan abang iparnya, Lai Chee yang menjalankan operasi pinjaman wang berlesen. Din merancang membuka sebuah kedai gadget dan meraikan kejayaan tersebut bersama Lal Chee. Namun, impian itu hancur apabila Marsha dibunuh dengan kejam dan Din dituduh sebagai pembunuh.
Sepuluh tahun kemudian, Din dibebaskan dari penjara dengan satu misi dalam fikirannya membawa keluar anaknya, Elyn, yang kini dalam genggaman Big Boss Mario. Tetepi tugas jauh lebih sukar daripada yang disangkanya Elyn telah menganggap bapanya sudah mati dan kini hidup bahagia dengan keluarga barunya lagi-lagi Madam Big Boss sangat menyayangi Elyn seperti anak kandung sendi. Elyn mewarisi kebijaksanaan Din dan digunakan untuk memperkukuhkan lagi empayar scamming Big Boss Mario.
Din bekerjasama dengen DSP Openg, seorang pegawal polis yang berdedikasi dalam operasi membanteras jenayah scammer. Openg ingin menumpaskan Big Boss Mario. Din masuk semula ke dalam dunia lama hanya ingin membawa keluar anaknya dan pada masa yang sama memberi maklumat dan bukti yang boleh menjatuhkan Big Boss Mario kepada DSP Openg.
Pelakon Din Tiger
Aiman Ameer, Azri Safix, Muhammad Lokman, Jay Iswazir, Fify Azmy, Trisha Ooi, Seelan Manoheran, Ayez Shaukat, Manvin Khera, Colleen Augustine, Fitri Farouk, Iqbal Riezky Haikal, Mirza Idz Firths Abdul Aziz, Lim Koet Yenn.
Drama Din Tiger
Jumlah Episod: 8
Tarikh: 6 Januari 2025
Hari: Isnin, 11:00 malam
Siaran: Unifi TV