DramaSlot Lestary TV3

Drama Diari Seorang Suami

Sinopsis Diari Seorang Suami

Hairi dan Neesa berkahwin pada usia muda walaupun tidak direstui oleh keluarga. Masing-masing hanya berumur 18 tahun. Hairi berbekalkan sijil SPM manakala Neesa bakal menduduki peperiksaan STPM. Mereka telah membuat keputusan untuk berkahwin lari.

Mereka berdua mula menjadi gelandangan di Kuala Lumpur. Malahan, mereka juga tidak mempunyai arah tujuan dan pekerjaan yang tetap. Di situ, Hairi dan Neesa terpaksa melalui pelbagai onak duri hidup dalam kalangan masyarakat gelandangan. Kisah hidup mereka bertambah rumit selepas Neesa disahkan mengandung. Semuanya dicatatkan di dalam diari Hairi yang tidak pernah diketahui oleh Neesa.

Orang Kaya Azman muncul dalam hidup mereka dan mahu membantu Hairi dan Neesa. Orang Kaya Azman menawarkan pekerjaan kepada Hairi malah juga membenarkan kedua-duanya tinggal di rumah agam miliknya. Apakah yang bakal berlaku pada Hairi dan Neesa? Diari Hairi bakal menjawab hati dan perasaan seorang suami.

Pelakon Diari Seorang Suami

Afieq Shazwan, Yuna Rahim, Keith Foo, Fimie Don, June Lojong, Syanie Hisham, Khal Isyaf, Sani Sudin, Iqbal Mazlan, Suraya, Kamal Ibrahim, Aiyuni Hashim

Drama Diari Seorang Suami

Jumlah Episod: 13
Tarikh: 12 November 2021
Hari: Rabu-Sabtu, 9:00 malam
Siaran: Slot Lestary TV3

Related Articles

Back to top button