DramaTVS

Drama Cigu! Nadai Bisi Utai?

Drama Cigu! Nadai Bisi Utai? akan ditayangkan pada 26 Mac 2024, Selasa, 9:30 malam di TVS.

Sinopsis Cigu! Nadai Bisi Utai?

Mengisahkan kisah Halim, seorang guru muda dari Selangor yang berat hati menerima tawaran mengajar di sebuah sekolah rendah di pedalaman Sarawak. Namun ayah Halim memujuknya untuk menabur bakti di Sarawak.

Dalam diam, Halim bertekad mahu berhenti menjadi guru selepas melapor diri di sekolah berkenaan dalam tempoh 30 hari hanya untuk memenuhi arahan kementerian agar beliau tidak didenda.

Jauh dari kota dan terpaksa meredah hutan tebal, mampukah Halim bertahan selama 30 hari? Atau mungkinkah Sarawak bakal mencairkan hatinya?

Pelakon Cigu! Nadai Bisi Utai?

Harris Alif, Pretty Nina, Hazis Wahab, Ryehanah Shakira, Azrul Amri, Saiful Bahri Jamil, Willy Alfred, Leena Kaha, Weldrick Virgil, Fathma Hanna, Izza Natasya, Aliff Firdaus

Drama Cigu! Nadai Bisi Utai?

Jumlah Episod: 13
Tarikh: 26 Mac 2024
Hari: Selasa, 9:30 malam
Siaran: TVS

Related Articles

Back to top button