Sinopsis Bintang Bersama Bintang
Bintang Bersama Bintang 2018 telah kembali dengan lebih banyak sketsa dan kelakar untuk ditampilkan pada setiap minggu. Rancangan ini menampilkan peserta yang akan mempersembahkan sketsa dan ‘punchline’ selama empat minit tiga puluh saat dan lagu selama dua minit tiga puluh saat yang telah diolah menjadi kelakar mengikut kesesuaian dan kreativiti masing-masing. Setiap minggu, peserta dibenarkan membawa seorang selebriti jemputan untuk mengambil bahagian dalam sketsa mereka.
Sistem pemarkahan Bintang Bersama Bintang 2018 dibahagikan kepada dua bahagian iaitu 70% daripada panel juri dan 30% daripada undian atas talian. Untuk membuat undian dan ketahui info lebih lanjut, boleh ke laman sesawang www.xtra.com.my/BBB2018. Undian atas talian hanya dibuka pada hari bersiaran bermula jam 6.00 petang.
Walaupun tiada penyingkiran dilakukan sepanjang pertandingan, setiap pemenang mingguan akan mendapat hadiah wang tunai berjumlah RM 10,000. Pada peringkat akhir iaitu Super Bintang Bersama Bintang, pemenang keseluruhan akan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM 100,000.
Saiful Apek telah dipilih sebagai juri tetap rancangan dan setiap minggu akan menampilkan juri jemputan dan personaliti radio terkenal, AG, sebagai pengacara. Jangan lepaskan peluang untuk menonton rancangan yang menghiburkan ini setiap minggu.
Peserta Bintang Bersama Bintang
Abam, Ajak, Issey, Mark Adam, Achey dan Shuk
Bintang Bersama Bintang
Jumlah Episod: 7
Hari: Ahad