Tonton Anugerah Drama Sangat (TADS) akan diadakan pada 12 Mac 2023 secara langsung dari Dewan Perdana, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), dan akan disiarkan di TV3 pada jam 9.00 malam. Menampilkan gandingan hos Sherry Alhadad dan Sharifah Shahirah.
Acara ini akan mempertandingkan 15 kategori yang berbeza iaitu Drama Terbaik, Drama Popular, Drama Terbaik 8TV, Pengarah Terbaik, Penulis Skrip Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik, Pelakon Wanita Terbaik, Pelakon Lelaki Popular, Pelakon Wanita Popular, Pelakon Antagonis Terbaik, Pasangan Drama Terbaik, OST Terbaik, Drama Novel Adaptasi Terbaik, Anugerah BBNU Tonton dan Oppa Pilihan Tonton. Lapan kategori akan dipilih melalui undian peminat manakala selebihnya akan dipilih melalui penilaian juri profesional.
Penyampai Anugerah
Ummi Nazeera, Nabila Huda, Meerqeen, Anna Jobling, Fasha Sandha, Datuk Rosyam Nor, Aniq Suhair, Siti Khadijah Halim dan ramai lagi.
Persembahan Artis
Stacy, Mimi Fly, Liza Hanim, Misha Omar, Bella Astillah, Wani Kayrie, Ayda Jebat, Fyna Jebat, Haqiem Rusli, Afieq Shazwan, Amir Masdi, Rahmad Mega, Zaki Yamani, Yamani Abdillah dan Hael Husaini.